KUALA LUMPUR, 24 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airliens yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di selatan Lautan Hindi di barat Australia.
Beliau yang bercakap kepada media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, yang berada di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.
“Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan, dan dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.
Menurut informasi terbaharu daripada Y.A.B Perdana Menteri kita pada malam ini, 24 march 2014,pesawat MH370 telah terhempas di selatan Lautan Hindi dan dilaporkan juga tiada penumpang dan anak kapal yang selamat. Al-Fatihah kepada semua penumpang dan anak kapal yang beragama Islam. Al-Fatihah...
Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Kita Kembali...ALLAHUROBBI !!
Innalillahi wainna ilaihiroji'un...
*Takziah kepada semua keluarga mangsa MH370
Kami semua turut bersedih atas kejadian yg berlaku..
Kami semua turut bersedih atas kejadian yg berlaku..
-AlFatihah-
@Lyzahazzelnutcoffee@