Jika datang ke LANGKAWI, mesti wajib beli barang ini. Tidak kira datang kerana melancong ka, berkursus ka atau datang melawat sanak-saudara pun mesti lepas melawat ja cepat ja jalan2 pergi cari 4 barang ini. Ada juga kawan yang tahu kita nak ke LANGKAWI cepat-cepat saja kirim duit minta belikan untuk mereka juga. Kadang2 sampai naik lemas kita dibuatnya kan kan... Rasa macam tidak puas hati la jika pulang dari langkawi tanpa beli 4 barangan ini. Jom kita semak barang apa ya????
1. MINYAK GAMAT
Mula2 sekali ramai yang datang langkawi mesti akan cari ubat gamat langkawi. Seperti yang anda semua tahulah gamat ni hanya ada di sekitar langkawi saja. Disini pun banyak kilang yang memproses gamat sendiri tau..Antara kilang yang paling famous ialah NUSANTARA MAJU. Disini jika anda datang beli minyak gamat dalam kuantiti yang banyak anda akan dapat DISKAUN tau..so, rugilah jika datang langkawi tidak beli minyak gamat nie.. Disini selain minyak gamat macam2 la jenis produk yang berasaskan gamat di jual disini. Antaranya seperti krim susu kambing gamat,minyak kayu merah gamat,bam gamat dan kayu tongkat ali pun ada dijual tau..
Dibawah nie imej2 di kilang gamat NUSANTARA MAJU...
ini adalah tapak parking di nusantara maju nie.. |
inilah rupa tongkat ali yang turut dijual di nusantara maju |
ini pula gambar dalam kedai gamat ini..pilh2 jangan |
inilah gambar tugu di depan kilang ini |
Selain itu, jika anda datang ke langkawi,mesti barang ini pun anda akan bawa pulang sekali kn..
2. KAIN BATIK LANGKAWI
Kain batik nie sentiasa jadi barangan tumpuan yang akan dibawa pulang sekali. Bukan kain batik ja yang ada dijual. Ada juga kain pelekat dan baju T-Shirt pun turut dijual. So, amat sesuai la seisi keluarga datang shopping2..Langkawi ni tempat menjual kain batik yang paling famous sekali ialah di BERAS TERBAKAR. Disini kain batik dijual dengan harga yang agak murah berbanding tempat lain. penjual disini pun baik2 ja.. pandai2 la anda pujuk2 penjual dekat situ boleh la dapat less sikit...hehe
oppss lupa nak cerita pula, sebenarnya nama tempat ni ada sejarahnya. Disini juga anda boleh lihat sendiri kawasan sejarah beras terbakar ni.Mengikut kisah, semasa langkawi diserang oleh siam,Dato kemboja iaitu ketua perang angkatanlangkawi merasakan mereka kalah kepada siam. So,untuk mengelakakan tentera siam mendapat bekalan makanan beliau menyuruh tentera langkawi untuk menanam beras seterusnya membakarnya..Begitulah ceritanya...hehehe
Dibawah nie antara imej2 di kawasan BERAS TERBAKAR LANGKAWI...
inilah rupa beras terbakar tau.. |
ini kawasan tapak beras ini yang dicerita tadi.. |
sini pula pintu masuk ke kawasan utama beras terbakar ni |
ini antara gerai kain batik di sekitar beras terbakar ni.. |
inilah contoh kain batik langkawi,cantik kan??? |
3. COKLAT LANGKAWI
Sebut saja tentang coklat,aku pun terasa meleleh air liur ni..bayangkan la coklat yang cair didalam mulut,tergigit pula kacang2 badamnya yang rangup2 pula aduh sedapnya kn...coklat ni la banyak menjadi pilihan pengunjung yang datang ke langkawi. maklum la langkawi ni kan bebas cukai..semua coklat di sini harganya jauh lebih murah dan berpatutan berbanding di kawasan lain. Disini kawasan yang famous menjual coklat ialah di Haji Ismail Group..Jika anda datang ke langkawi rugi jika anda tidak beli coklat ni..Aku pun asyik membeli coklat disini ...sedap sangat2 tau...hehe
Dibawah nie antara imej2 coklat di HAJI ISMAIL GROUP...
aduh,coklat kisses ni la coklat kegemaran aku tau |
ferrero rocher,terliur kan ??? |
coklat seashell memang banyak terdapat di langkawi ja tau.. |
Selain coklat pula, jika anda datang ke langkawi,mesti barang ni yang anda carikan kan..
4.PINGGAN MANGKUK
Datang ke langkawi ja, makcik2 dan kakak2 mesti laju2 ja akan cari pinggan mangkuk kan..jika mampu satu kedai tu nak belikan..hehe..sini pinggan mangkuk yang paling murah ialah di IDAMAN SURI. Kalau kita pergi ke terminal jetty Langkawi mesti akan nampak banyak plastik biru idaman suri ni kan. Tapi bukan yang kita lihat banyak plastik2 ja tapi plastik dengan isinya berkotak2 pinggan mangkuk kan..orang perempuan ni biasalah jadi ghairah kalau boleh shopping pinggan mangkuk ni..tapi kesian si lelaki ni terpaksa keluar duit..huhu tapi tak apa kan sekali sekala ja..hehe
Dibawah nie antara imej2 pinggan magkuk di IDAMAN SURI LANGKAWI...
inilah gambar cawan di idaman suri |
banyak dan murahkan??? |
murah ja mangkuk2 disini,beli la satu..hehe |
cantik kan set teko air ni..tgk la harganya geram nak beli rasanya kan... |
Ini lah barang-barang yang wajib dibawa pulang jika anda ke langkawi..so.....
Selamat Bershopping ya....
timo kasih bagi info tak lamo laie rabak la poket den... kojo eh kek oghang rumah den aduyaii....
ReplyDeleteHihi..sama2..berbaloi shopping di langkawi sebab bnyk barang bebas cukai..selamat shopping ya...
Delete