Tuesday, October 29, 2013

student yang lupa daratan




 Sedar tak sedar ramaikan student yang lupa akan amanah ibubapa menghantar mereka study.. ibu bapa hantar mereka study sehingga ke university sebab apa lagi kalau bukan untuk melihat anak2 mereka berjaya dan hidup senang dikemudian hari. Semua ibubapa sanggup mengeluarkan duit poket untuk beri kepada mereka yang sedang kekurangan duit. Susah la nak tengok ibubapa yang tidak ambil kisah langsung tentang wang ringgit anak mereka yang sedang study ni,, pantang ja si anak call, pekara pertama yang ditanya tentang kesihatan mereka kan, dan yang kedua semestinya ditanya tentang duit bekalan masih cukup atau tidak??.memang ini reality kan??? jika anak tersebut tiada wang  cepat2 saja ibubapa akan pergi bank-in kan..

  kadang2 ada yang tiap2 minggu si student ni asyik keluar berjalan2 kemudian call ibubapa minta dibank-in kan wang,alasan nak beli buku untuk study la kononnya. ada juga yang sedang dilamun cinta ingin membelanjakan girlfiend/boyfriend mereka,kemudian ibu bapa la jadi mesin atm mereka...ada juga yang ingin bercuti dengan gf/bf sanggup meminta wang kepada ibubapa seperti kisah dibawah ini la..... 
Gambar: Jika anda juga seperti ini, berubahlah. Kesian mak ayah bersusah payah cari duit..

*maklumat dari penulis — beliau duduk dekat di belakang awek tu, oleh kerana suasana bising, maka awek tu loudspeaker dan tak sedar dia sedang mendengar dari belakang.
kesian ibu bapa si student ini kan????







sedarlah student2 sekelian yang pernah buat perkara ini,henti2kan la...kadang2 si bapa pun duit tidak banyak..anda yang sedang belajar ada ambil tahu tak berapa duit yang ibubapa anda dapat untuk 1 hari??kebanyakkan mesti tak tahu kan...bayangkan pada hari itu,si bapa anda hanya ada duit rm103.00..tapi bila si anak minta rm100.00 kononnya hendak beli buku untuk study dan macam2 alasan, susah kita nak dengar si bapa nak sebut "bapa tak ada duit la" kan???si bapa terus pergi bank-in kan wang. walaupun sedang panas terik atau hujan dilanda si bapa untuk pergi ke mesin atm untuk bank-in kan wang..takut2 kalau lambat bank-in nanti si student ni akan susah membeli keperluan untuk belajar.kesian si bapa untuk hari itu saja dia hanya ada rm3.00 di tangan. cukup kah duit itu pula digunakan untuk menampung adik beradik si student ini di kampung???..


Aku bukan lah nak bagi ceramah di sini..tapi selalu sangat aku dengar cerita tentang sikap student2 yang suka enjoy sehingga lupa akan tujuan mereka study..Tetapi tak la semua student perangai macam tu..ada juga student yang sanggup makan maggie ja sebab tak nak susahkan ibubapa di kampung..
so, disini aku cuma harap yang sedang study ini berjimat cermat la dengan duit yang ada....hargai lah amanah orang tua kita. Yang paling penting jangan la mengambil kesempatan terhadap ibu bapa kita ya....

No comments:

Post a Comment