Kadang-kadang apabila kita membeli sayuran, ada sayuran yang kita beli cepat rosak kan.. Sekiranya ingin memilih sayur-sayuran, kita perlulah mengenalpasti beberapa perkara bagi memastikan sayuran tersebut benar-benar segar. Seterusnya kita juga perlu tahu cara penyimpanan untuk memastikan kualiti sayuran tersebut tidak akan terjejas. Anda nak tahu caranya, Jom semak tip di bawah:
CARA MEMILIH .....
. Sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik
bentuknya dan masih keras.
. Sayur-sayuran jenis buah perlu dipilih dalam keadaan elok
dan tidak kelihatan berkedut
. Sayur-sayuran jenis kekacang perlu ranggup apabila
dipatahkan
.Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan
. Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah berwarna cerah dan
segar.
CARA PENYIMPANAN......
* Penyimpanan yang betul perlulah untuk memastikan sayur- sayuran segar dan tahan lama.
*sayur-sayuran perlulah dibasuh,dibalut dengan kertas dan
disimpan dibahagian bawah bahagian peti sejuk. Jika tiada peti sejuk bolehlah diletakan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.
* Elakkan mengunakan beg plastik untuk mengelakkan sayuran menjadi layu dan hilang vitaminnya.
*Kentang,keledek labu dan bawang hendaklah disimpan
dikawasan dingin dan kering.
No comments:
Post a Comment