Wednesday, November 12, 2014

kita ibarat pinggan






bayangkan................

 3 orang yang berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita....
selang beberapa tempoh waktu,






peminjam yang pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang bersih dan suci tanpa ada sebarang kecacatan. lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...



peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor, tidak berbasuh. pinggan tersebut semestinya kita akan tempatkan sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletak di tempat yang sepatutnya.



peminjam yang ketiga pula memulangkan pinggan trsebut dalam keadaan pecah berderai. tidak boleh dicantum lagi.tiada nilainya dan semestinya kita akan menghumbankan pinggan tersebut kedalam tong sampah.



begitu jua halnya jika kembali kepada Allah s.w.t dalam keadaan bersih,elok,tanpa kekotoran dosa maka Allah swt akan terus meletakkan kita dimana tempat yang selayaknya yang indah iaitu SYURGA..

namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa,kita akan dibersihkan didalam api neraka sebelum dimasukkan ke syurga.

tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah swt tidak akan teragak-agak untuk menghumban kita ke Neraka Jahanam buat selama-lamanya..ibarat pinggan yang pecah tadi ,tiada nilainya lagi....

semoga kisah ini akan bermanfaat kepada kita semua...

1 comment:

  1. macam menarik cerita wak..boleh saya share pada umum x??...
    tq =)

    ReplyDelete