Dalam kisah aku kali ni..aku mula belajar untuk
menghargai peluang untuk bekerja. Dulu aku tak kisah la kalau tak bekerja
pun..aku rasa lebih baik duduk dirumah saja tengok tv,time lapar makan, time
mengantuk tidur ja la..alangkah bestnya...umur aku masa tu baru 20 tahun.. Apa
yang aku fikirkan aku masih bujang dan tiada tanggungan lagi..so keja atau tak
sama saja..apa aku rasa ialah letih dan stress dengan masalah ditempat kerja
yang memanjang dan tak putus2..
letihnya keja..kan best kalau boleh rehat2 dekat rumah...huhu |
Tapi saat aku diuji dengan kehilangan pekerjaan, baru aku
tahu apa itu nikmat boleh bekerja.. dulu aku fikir ada aku kesah..saat aku
kehilangan kerja baru aku sedar rupanya aku memang kesah dan resah kalau tak
bekerja. Masa ni la bila aku dengar berita harga emas turun,aku tak boleh nak
membelinya.duit xmasuk bulan2 nak guna duit yang ada pun sayang duit pulak
asanya..tak kira la apa yang aku teringin nak beli pun xjadi2 beli..sudah la
nafsu nk shopping terpaksa gulung tikar,aku duduk dirumah pun asyik terperap
dalam rumah. Nak keluar jalan2 pun tak kan la sorang2 member2 aku semuanya
kerja tak pun masih study..
macam ni la rupa aku stress..hehe |
Masa tu memang aku nekad nak cari kerja lain la..merata juga
la aku survey kerja kosong..laman job vancancy dalam facebook tiap2 hari aku
kunjung..kalau ada kerja kosong ja aku try apply..hampir 3 bulan aku tak dapat
sebarang pekerjaan..sometime ada yang tawarkan aku pekerjaan tapi family pula
tak kasi..maklum la aku anak perempuan kerja pun kena la tapis2 gak..aku tak
putus2 berdoa lepas solat..sampai aku
putus asa dan rasa apa yang aku doa ni hanya sia2 ja dosa kan apa yang aku
fikir tu..huhuhu..last2 aku ada terfikir untuk emailkan resume aku dekat
resort2 dan hotel2 yang berdekatan dengan tempat tinggal aku..maklum la di
langkawi ni banyak peluang pekerjaan kearah itu saja kan..selepas aku email
resume, aku dah nekad untuk tutup hati supaya tidak berharap lagi.
kecewanya muka aku ni...haha |
Alhamdullilah akhirnya aku dipanggil untuk di interview oleh
sebuah resort..jawatanku di tempat baru ini still jawatan yang sama macam
jawatan di tempat kerja lama..family aku pun bagi..ok la walaupun gaji masih
dalam tahap minimum wages..sekarang sudah hampir 2 minggu aku bekerja disini..so far di sini environment
lebih ok la dari tempat kerja lama..disini peraturan tidak la ketat
sangat..Cuma staff disini banyak yang suka melatah..pelik aku pantang terkejut
cikit suka melatah…sebenarnya masa aku mula masuk kerja ni aku ada tengur sorang mak cik ni.tak sangka dia terkejut sampai kan keluar la perkataan @#$%#%...hehe..malu aku..huhu..tapi apa2 pun
hal ini tak menjadi masalah besar pun dekat aku..
hehe..fobia aku dengan orang melatah ni..huhuhu |
alhamdulillah…
No comments:
Post a Comment