Monday, December 23, 2013

BR1M 3 permohonan baru & kemaskini

                                   

brim 3.0 kini boleh dimohon bermula 23 disember 2013 sehingga 31 januari 2014. syarat2 untuk permohonan brim 3.0 adalah seperti berikut:

 •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i) Warganegara Malaysia 


       (ii)Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah


      (iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke 
bawah


       (iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)  MyKad bagi pemohon; dan 


       (ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
        
  •Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk
 pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.


  •Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

       



 CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT BRIM


bagi yang pernah menerima brim sebelum ini,anda hanya boleh mengemaskini semula maklumat anda. dibawah ini adalah contoh cara untuk anda kemaskini maklumat brim 3.0...



Berikut disertakan cara-cara bagi mengemaskini data bagi mereka yang pernah menerima BRIM 2.0 sebelum ini.

+ Mula-mula sila tekan link https://ebr1m.hasil.gov.my/

pilih sama ada mohon baru atau kemaskini

+ Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan

+. Pilih untuk mengemaskini data seperti :-

a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini

+ Setelah mengisi semua yang dirasakan perlu contoh alamat baru atau maklumat bank dan masukan kod pengesahan akan keluar satu "dialog box" untuk pengesahan

+ Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar

+ Satu dialog box akan keluar dan beri tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini

+ Sedia untuk cetak

+  Selesai


JUMLAH DAPATAN UNTUK BRIM 3.0:


1)  Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar          pemberian dipertingkatkan kepada RM650.

2)  Manakala isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000        turut menerima BR1M pada kadar RM450. 

3)  Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan         kebawah, layak menerima bantuan RM300.


jika belum pernah memohon sebelum ini,anda boleh membuka di dalam laman ini dan klick pada borang brim 2014 ya..anda boleh print dan isikan..

selamat memohon dan mengemaskini data maklumat anda ya...;-)

8 comments:

  1. Awk...nk tanya...sy pernah dpt brim sblom ni....lps tu sy x de apa2 perubahan...tetapi sy telah tekan butang kemas kini.....tanpa tulis apa2 perubahan....jd apa yg perlu sy lakukan skrg..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun buat mcm 2 gak..bkn apa nak bg data kita wujud semula dalam sistem mereka ja..;-)

      Delete
  2. perlu ke kemaskini kesemua maklumat tersebut?? klu kemaskini email, bank n no hp shj xpe ke?

    ReplyDelete
  3. npe x bleh bka pn utk kmaskini

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak kena selalu buka kdg2 sistem bz kan prblem la...saya pun msa bka 2 3 kali klik xok lpas tu biar dlm 2 3 jam buka semula dh boleh key in no ic n tarikh lahir untuk kmaskini la..;-)

      Delete