Wednesday, October 30, 2013

cara buat kek marbles orang bujang..


 




Masa aku form 3, cikgu kemahiran hidup aku ada ajar cara buat kek marble yang simple...so, aku nak kongsi kan la resepi kek ni kepada anda semua.....

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 cawan mentega
2 cawan gula
5 biji telur
sedikit baking powder
sedikit esen vanila
sedikit serbuk coklat


cara2 nak buat pula....

1- first macam biasa la ayak tepung dengan baking powder...ketepikan

 2-mentega campur dengan gula,then kacau2 sampai kembang dan nampak gebu la...kalau nak guna mesin pemutar pun xpa..
  



 3- ambil telur 5 biji, pukul sehingga kembang....so akan jadi macam ini la...


 4- campurkan telur dan mentega yang telah dipukul kembang sebentar tadi.kacau, kemudian masukkan tepung yang sudah diayak ke dalam adunan mentega dan telur tadi..untuk check adunan sudah sebati atau tidak, angkatkan sedikit adunan dan tuangkan.jika nampak macam berkrim tu sudah ok la...




5- asingkan adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian biarkan kosong dan 1 bahagian lagi letakkan serbuk koko.kemudian letakkan sedikit mentega di loyang. Cara nak jadi kan bentuk marble pula, mula2 letakkan sedikit adunan yang kosong ke dalam loyang kemudian ditindih dengan sedikit adunan coklat tadi. ulang sehingga kedua2 adunan tadi habis.



 6 kemudian masukkan adunan tadi kedalam ketuhar. biarkan selama 30-45 minit dengan suhu 170-180 ok...

ini semasa dalam ketuhar
jeng2 kek sudah masak ...hehe


inilah hasilnya..jemput makan ya...hehe

No comments:

Post a Comment