Monday, October 14, 2013

hadiah istimewa dari lelaki orang



Disini aku ingin mengongsikan pengalaman aku yang mengenali ramai kawan ku yang bercinta dengan laki orang ini.

jujur aku katakan bahawa orang yang bercinta dengan lelaki orang ini 80% aku anggarkan tidak akan bahagia..Kebanyakan golongan ini hanyalah bercinta dengan anak dara atau isteri orang untuk memuaskan nafsu serakah mereka. apa yang aku katakan bukan lah cakap-cakap kosong saja...




Semasa aku di alam pekerjaan, aku mula didedah dengan cinta lelaki-lelaki  orang yang miang ini. Ditempat kerja aku, golongan ini akan mengambil kesempatan jika melihat perempuan yang jenis baik dan pendiam ini.. mereka akan mengayat dengan ayat-ayat manis sehingga perempuan tersebut jatuh hati.. Satu saja cara lelaki orang ini lakukan....dengan cara mengambil berat terhadap perempuan itu.pasti perempuan tersebut akan cair la... mujur la semasa aku berkerja di situ,aku ni bukan diketegorikan golongan seperti itu jadi aku tidaklah menjadi magsa mereka. Kebetulan masa aku mula berkerja,aku memakai sebentuk cincin..Jadi tiada yang berani mengangguku kerana menganggap aku telah bertunang or sudah berkahwin. So, perempuan di luar sana jika tidak mahu diganggu lelaki pakai la CINCIN di jari ya...






Di sini aku ingin menceritakan apa yang menyedihkan aku, seorang kawan aku yang amat baik budi pekertinya telah menjadi magsa lelaki orang ini. seorang yang tidak pernah tinggal akan solat, sentiasa berpuasa sunat dan hormat-menghormati sesama rakan akhirnya terhanyut dibuai layanan manja bertopengkan syaitan oleh lelaki orang ini. Setelah puas tidur sekali, berpegangan,meraba-raba akhirrnya lelaki orang ini meminta putus dengan kawanku ini. lelaki ini berlakon konon-kononnya isterinya telah memarahinya dan minta supaya jangan berhubung dengan lelakinya lagi..bagaimana aku tahu???..Semua mesej2 lakonannya akan ditunjukkan kepada kawan baiknya..tidak mustahil kawan baiknya sendiri yang akan membongkar kan??... akhirnya kawan aku ini berhenti kerja dan balik ke kampungnya..kesian bila difikirkan daranya sudah dikebas oleh lelaki yang bukan halal buatnya..menyesal pun tiada guna lagi..Setebal mana iman kita jika tergoda dengan hasutan syaitan akan terebah juga kan...menitis air mata aku mengetahui apa yang terjadi pada kawanku ini.. 








Ada juga kisah yang berlaku ditempat kerja aku  yang melibatkan isteri orang ini sanggup bercerai dengan lelakinya hanya untuk bercinta dengan lelaki orang ini. Alasannya tidak dapat kasih sayang yang secukupnya daripada suaminya yang asyik bekerja. Maklum lah lelakinya kerja di luar daerah. Macam yang aku katakan lah sakit demam dia dan anaknya lelaki orang ini lah yang konon-kononnya menjaga mereka..inilah yang menyebabkan perempuan tersebut boleh jatuh hati,.Akhir sekali sudah bercerai lelaki orang ini pun tidak  berkahwin dengan perempuan ini.. 







Disini, aku ingin pesan lah kepada kaum hawa di luar sana, jika anda mahu bercinta atau telah bercinta dengan laki orang fikir2kan la dulu ya.. Bagi aku kalau lelaki itu statusnya DUDA sama ada bercerai hidup atau mati boleh dipercayai lagi tetapi kalau lelaki orang yang masih ada isteri dan anak jangan lah terlalu mempercayai dan yakin untuk bercinta dengan mereka. fikirlah bagaimana sampai boleh ada anak jika tidak bahagia lagi???..

Ini semua pendapat aku sahaja..mngkin ada lelaki orang yang betul-betul ikhlas dan betul-betul ingin berkahwin dengan kalian itu namanya jodohkan.. Tapi bahagia kah jika kita menjadi punca pemusnah masjid yang dibina kan..Tepuk dada tanyalah minda yer...

Salam Sejahtera.....;-)








3 comments:

  1. mohon selalu doa daripada ALLAH
    Mintak dilindungin dari segala amcam keburukan dunia
    nauzubillah min zalik

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..semoga kita sentiasa dilindungi daripada pekara yang mendatangkan dosa...

      Delete
  2. Semoga diri kita semua dilindungi ALLAH daripada segala keburukan.. Amin

    ReplyDelete