Monday, October 12, 2015

promosi al quran mumayyaz


Al Quran Mumayyaz merupakan AL-QUR’AN TAJWID WARNA TRANSLITERASI PER KATA DAN TERJEMAH PER KATA.

Kelebihan Tafsir Al Quran Al Mumayyaz:
- Cara bacaan dalam RUMI(melayu) - Terjemahan PERKATA - Terjemahan PERAYAT - INDEX AL-QURAN - Senarai DOA dalam Al Quran - TULISAN jelas dan terang menggunakan khat UTHMAN THAHA - TAJWID berwarna untuk MEMBETUL dan MELANCARKAN pembacaan ( merah, magenta,cyan, hijau dan biru) - CERITA RINGKAS disebalik surah dalam Al Quran untuk MEMUDAHKAN penhayatan isi kandungan. - Sangat PRAKTIKAL untuk beginner, muallaf dan dijadikan HADIAH serta BARANG HANTARAN UNTUK MAJLIS PERKHAWINAN.
Al quran mumayyaz ini juga didatangi dengan 2 pilihan saiz iaitu saiz A4 dan saiz A5. 
*Biasanya customer yang beli saiz A4 ini biasanya orang yang berumur 35 tahun ke atas   disebabkan tulisannya LEBIH JELAS dan LEBIH BESAR.

* untuk saiz A5 pula biasa dibeli orang yang berumur 35 tahun ke bawah disebabkan saiz tulisan yang ini LAGI MUDAH DIBAWA dan nampak COMEL.



PILIHAN WARNA
* terdapat 4 pilihan warna iaitu biru,hijau gold dan merah.

HARGA BIASA:

SAIZ A4 -  RM 120.00
SAIZ A5 - RM 100.00

Tetapi...........HARGA PROMOSI DITAWARKAN 

SAIZ A4- HANYA RM 80.00 SAHAJA
SAIZ A5 - HANYA RM 70.00 SAHAJA

tambahan CAJ POSTAGE:

Semenanjung malaysia - rm 7.00
Sabah & Sarawak         - rm 10.00


BERMINAT BOLEH HUBUNGI

WHATSUP- 0135950058 ( mesej sahaja )







Monday, October 5, 2015

wajib ada rm1000 jika ingin melangsungkan majlis pertunangan

Dibawah ini adalah senarai bajet bagi sesiapa yang ingin melangsungkan upacara pertunangan. Ini adalah senarai bajet kos pertunangan yang ni aku punya ya... 


bagi tema warna anda bolehlah dicide bersama keluarga anda. bagi kenduri aku,aku buat tema warna cream dan hijau tourquoise.
                
Jumlah undangan juga perlu ditentukan supaya makanan mencukupi. Bagi kenduri pertunangan aku, family aku bajet dalam 100 orang tetamu. semasa majlis pertunangan aku, aku anggarkan lebih kurang 80% tetamu yang dijemput hadir.  
  
Tarikh hari pertunangan dan masa pertunangan. Yang ini pihak perempuan dan pihak lelaki akan berbincang untuk tentukan tarikh dan masa pertunangan. bagi pertunangan aku kedua-dua pihak sudah bersepakat seminggu lagi dari tarikh mereka berbincangan. sememangnya agak kelam-kabut. tetapi alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. masa aku bertunang pula kami buat waktu malam iaitu selepas isyak.

KOS-KOS LAIN....

1. Baju tunang 

ini baju semasa aku bertunang..gambar si tunang abaikan ya...hihihi


Baju tunang aku beli baru sebab veil dgn shawl kak ipar aku yang bagi aku pinjam...baju tu harga asal rm230 tapi dapat diskaun  rm190 sahaja.
  • Anda boleh guna baju raya yang belum pakai/ yang dah pakai kalau ok apa salahnya.
  • Anda kalau ada modal lebih beli baju baru atau sewa.
2. Gubahan hantaran 
ini hasil gubahan kakakku
  • Guna kreativiti korang sendiri. Boleh tengok dalam majalah pengantin cara nak gubah tu. Jimat kos. aku punya kakak aku yang gubahkan. memang cantik....kos barang seperti bunga dan lain-lain lebih kurang RM 67.00 sahaja. Bekas hantaran pula aku pakai yang kakak iparku punya bagi pinjam. so memang save la dekat situ.
3. Barang-barang hantaran 



Bagi hantaran aku sudah sepakat 5 bekas balas 7 bekas ya..so pihak lelaki 5 bekas pihak aku 7 bekas.

barang-barang hantaran yang aku kasi...

  • Tuala                     ( rm 30.00 )
  • Buah                     ( abangku sponsor )
  • kek                        ( bos tempat kerjaku sponsor )
  • gula-gula               ( kakak iparku sponsor )
  • gubahan sumi       ( kakakku sponsor )
  • kain pelekat          ( kakak iparku sponsor )
  • kopi 3 in 1 kotak   ( abangku sponsor )
Total kos : RM 30.00 sahaja

 4. Menu
  • Menu kami hanya buat bihun goreng dan 3 jenis kuih. kos barang yang aku beli lebih kurang rm300 sahaja. kami masak sendiri lagi jimat. Jemput saudara mara je untuk majlis ni datang makan. 
 5. Kad undangan
  • Tak ada pun tak apa. Jemput dengan mulut je. Simpan duit untuk kad kahwin nanti.
6. Mini pelamin
  • Yang simple, korang design sendiri, nak buat kat luar atau dalam bilik. yang aku punya aku sewa pelamin ni free makeup rm250 sahaja..memang murah. aku dah survey tempat lain. rata-rata mini pelamin macam ni lebih kurang rm400- rm500..

Majlis aku ni aku sewa khemah sebab rumah aku agak sempit. pinggan mangkuk pun aku kena sewa . So adalah dalam bajet rm 300 lagi untuk sewa semua barang ini.

Majlis pertunangan tak grand pun tak apa. Janji sempurna. So total semua kos yang aku sudah laburkan adalah sebanyak RM 1137.00...fuhh besar nilai tu... so diharap sesiapa yang ingin melangsungkan upacara pertunangan bolehlah membuat panduan bajet dalam blog saya ini ya...