musuh dalam selimuT!!!!! inilah ayat yang sesuai untuk seorang sahabat yang aku kenali. aku kenal pun masa masih menjadi budak hingusan lagi. dulu aku kenal dia seorang sahabat yang baik. aku pernah jadi kawan baik dia masa form 1 sampai form 2 saja. lepas tu kami berpisah kelas.
aku bertemu semula dengan dia pun selepas masuk alam pekerjaan. kebetulan aku adjust kawan baik aku masuk bekerja di tempat kerja aku sekali. memang mudah adjust kawan masuk kerja sebab aku kerja pun dalam chalet ja. kebetulan kawan baik aku berkawan baik juga dengan kawan lama aku ni sebab masa form 5 mereka sekelas. dimintanya aku adjust kawan lama aku ni untuk bekerja. so adjust punya adjust dia pun boleh masuk bekerja.
masa bekerja di depan aku punya la manis cakap. nak minta tolong apa-apapun siap sedia untuk tolong. tapi dibelakang aku punya sakan mengumpat aku sebab dia xtahu aku lebih rapat dengan kawan baik aku..so apa yang kata2 dia tak ok kawan baik aku akan cerita dekat aku semula.
sekarang apa yang menambah sakit hati aku bila dia mula nak jadi batu api..nak dijadikan cerita aku tegur kawan baik aku dalam mesej.aku tak la pergi tegur depan dia sebab nak jaga air muka dia.adalah something kesalahan di tempat kerja yang dia dengan kawan baik aku buat.maklumlah aku kerja sebagai HR so apa2 kesalahan yang pekerja buat aku wajib tegur la..yang menyakitkan hati aku dia boleh salahkan aku tak tegur mereka secara berdepan. siap dia cakap aku tak patut tegur macam tu kalau aku ni ingat kawan kepada kawan baik aku..excuse me dah aku kerja bahagian tu, so aku xkan pilih kasih dan aku akan tegur apa yang salah.
sejujurnya aku menyesal adjust dia masuk bekerja sekali dengan aku. aku rasa tenang cikit lepas luah masalah ini...aku harap aku tak akan kenal lagi kawan yang tak kenang budi macam dia...huhhhh
No comments:
Post a Comment