Wednesday, November 12, 2014

kita ibarat pinggan






bayangkan................

 3 orang yang berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita....
selang beberapa tempoh waktu,






peminjam yang pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang bersih dan suci tanpa ada sebarang kecacatan. lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...



peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor, tidak berbasuh. pinggan tersebut semestinya kita akan tempatkan sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletak di tempat yang sepatutnya.



peminjam yang ketiga pula memulangkan pinggan trsebut dalam keadaan pecah berderai. tidak boleh dicantum lagi.tiada nilainya dan semestinya kita akan menghumbankan pinggan tersebut kedalam tong sampah.



begitu jua halnya jika kembali kepada Allah s.w.t dalam keadaan bersih,elok,tanpa kekotoran dosa maka Allah swt akan terus meletakkan kita dimana tempat yang selayaknya yang indah iaitu SYURGA..

namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa,kita akan dibersihkan didalam api neraka sebelum dimasukkan ke syurga.

tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah swt tidak akan teragak-agak untuk menghumban kita ke Neraka Jahanam buat selama-lamanya..ibarat pinggan yang pecah tadi ,tiada nilainya lagi....

semoga kisah ini akan bermanfaat kepada kita semua...

Saturday, November 1, 2014

kelas memandu sesuatu yang memenatkan..






first yang membuat aku semangat nak ambil lessen kereta ni kerana aku ada dengar khabar angin harga lessen akan dinaikan. apa lagi laju saja aku ajak kawan aku pergi daftar lessen kereta sekali.hahaha almaklumlah aku ni tinggal di langkawi hanya terdapat 2 buah pusat memandu sahaja yang boleh dipilih sama ada pusat latihan arah muara atau  pusat latihan mahsuri.

aku pilih untuk daftar di pusat latihan arah muara. memandangkan aku membuat lessen motosikal di stu ( 2 tahun lepas la. aku pergi daftar tu dalam bulan 8/2013. aku join la kelas bahagian 1 kalau tak silap la..kelas itu  4 jam ceramah 2 jam dilitar..sudah selesai baru kita akan dapat lessen L. sebelum ke litar time tu kita akan dapat tahu siapa guru pengajar kita.

lepas itu aku cuba pergi buat latihan yang pertama kalinya..haha. agak sukar untuk aku faham konsep bawa kereta sebab kaki aku tidak sampai untuk memijak pedal clutch. aku ni kecik orangnya kereta yang aku terpaksa digunakan pula kereta jenis proton iswara..huhu sedih...aku hanya tahu control stereng saja..

dalam sejam lebih aku di litar, akhirnya guru pengajar aku menyuruh aku berhenti. sempat juga dia terang supaya masa nk berhenti kereta tekan clutch baru break. akhirnya masa nk berhenti aku cepat2 tekan clutch dan baru nk tekan break tetapi  aku tersilap tertekan pedal minyak,,huhu,,laju saja pengajar aku break menggunakan pedal brek dekat kerusi sebelah aku..huhu bunyi menyering..apa lagi terfobia seketika.huhu

hampir setahun aku tidak pergi buat latihan kereta. maklum lah dengan busy kerja + pusat latihan jauh+ fobia ckit...huhu.. aku biarkan sja lessen L aku tu..sampaikan expired pun aku buat x tahu saja..huhuhu