Monday, October 12, 2015

promosi al quran mumayyaz


Al Quran Mumayyaz merupakan AL-QUR’AN TAJWID WARNA TRANSLITERASI PER KATA DAN TERJEMAH PER KATA.

Kelebihan Tafsir Al Quran Al Mumayyaz:
- Cara bacaan dalam RUMI(melayu) - Terjemahan PERKATA - Terjemahan PERAYAT - INDEX AL-QURAN - Senarai DOA dalam Al Quran - TULISAN jelas dan terang menggunakan khat UTHMAN THAHA - TAJWID berwarna untuk MEMBETUL dan MELANCARKAN pembacaan ( merah, magenta,cyan, hijau dan biru) - CERITA RINGKAS disebalik surah dalam Al Quran untuk MEMUDAHKAN penhayatan isi kandungan. - Sangat PRAKTIKAL untuk beginner, muallaf dan dijadikan HADIAH serta BARANG HANTARAN UNTUK MAJLIS PERKHAWINAN.
Al quran mumayyaz ini juga didatangi dengan 2 pilihan saiz iaitu saiz A4 dan saiz A5. 
*Biasanya customer yang beli saiz A4 ini biasanya orang yang berumur 35 tahun ke atas   disebabkan tulisannya LEBIH JELAS dan LEBIH BESAR.

* untuk saiz A5 pula biasa dibeli orang yang berumur 35 tahun ke bawah disebabkan saiz tulisan yang ini LAGI MUDAH DIBAWA dan nampak COMEL.



PILIHAN WARNA
* terdapat 4 pilihan warna iaitu biru,hijau gold dan merah.

HARGA BIASA:

SAIZ A4 -  RM 120.00
SAIZ A5 - RM 100.00

Tetapi...........HARGA PROMOSI DITAWARKAN 

SAIZ A4- HANYA RM 80.00 SAHAJA
SAIZ A5 - HANYA RM 70.00 SAHAJA

tambahan CAJ POSTAGE:

Semenanjung malaysia - rm 7.00
Sabah & Sarawak         - rm 10.00


BERMINAT BOLEH HUBUNGI

WHATSUP- 0135950058 ( mesej sahaja )







Monday, October 5, 2015

wajib ada rm1000 jika ingin melangsungkan majlis pertunangan

Dibawah ini adalah senarai bajet bagi sesiapa yang ingin melangsungkan upacara pertunangan. Ini adalah senarai bajet kos pertunangan yang ni aku punya ya... 


bagi tema warna anda bolehlah dicide bersama keluarga anda. bagi kenduri aku,aku buat tema warna cream dan hijau tourquoise.
                
Jumlah undangan juga perlu ditentukan supaya makanan mencukupi. Bagi kenduri pertunangan aku, family aku bajet dalam 100 orang tetamu. semasa majlis pertunangan aku, aku anggarkan lebih kurang 80% tetamu yang dijemput hadir.  
  
Tarikh hari pertunangan dan masa pertunangan. Yang ini pihak perempuan dan pihak lelaki akan berbincang untuk tentukan tarikh dan masa pertunangan. bagi pertunangan aku kedua-dua pihak sudah bersepakat seminggu lagi dari tarikh mereka berbincangan. sememangnya agak kelam-kabut. tetapi alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. masa aku bertunang pula kami buat waktu malam iaitu selepas isyak.

KOS-KOS LAIN....

1. Baju tunang 

ini baju semasa aku bertunang..gambar si tunang abaikan ya...hihihi


Baju tunang aku beli baru sebab veil dgn shawl kak ipar aku yang bagi aku pinjam...baju tu harga asal rm230 tapi dapat diskaun  rm190 sahaja.
  • Anda boleh guna baju raya yang belum pakai/ yang dah pakai kalau ok apa salahnya.
  • Anda kalau ada modal lebih beli baju baru atau sewa.
2. Gubahan hantaran 
ini hasil gubahan kakakku
  • Guna kreativiti korang sendiri. Boleh tengok dalam majalah pengantin cara nak gubah tu. Jimat kos. aku punya kakak aku yang gubahkan. memang cantik....kos barang seperti bunga dan lain-lain lebih kurang RM 67.00 sahaja. Bekas hantaran pula aku pakai yang kakak iparku punya bagi pinjam. so memang save la dekat situ.
3. Barang-barang hantaran 



Bagi hantaran aku sudah sepakat 5 bekas balas 7 bekas ya..so pihak lelaki 5 bekas pihak aku 7 bekas.

barang-barang hantaran yang aku kasi...

  • Tuala                     ( rm 30.00 )
  • Buah                     ( abangku sponsor )
  • kek                        ( bos tempat kerjaku sponsor )
  • gula-gula               ( kakak iparku sponsor )
  • gubahan sumi       ( kakakku sponsor )
  • kain pelekat          ( kakak iparku sponsor )
  • kopi 3 in 1 kotak   ( abangku sponsor )
Total kos : RM 30.00 sahaja

 4. Menu
  • Menu kami hanya buat bihun goreng dan 3 jenis kuih. kos barang yang aku beli lebih kurang rm300 sahaja. kami masak sendiri lagi jimat. Jemput saudara mara je untuk majlis ni datang makan. 
 5. Kad undangan
  • Tak ada pun tak apa. Jemput dengan mulut je. Simpan duit untuk kad kahwin nanti.
6. Mini pelamin
  • Yang simple, korang design sendiri, nak buat kat luar atau dalam bilik. yang aku punya aku sewa pelamin ni free makeup rm250 sahaja..memang murah. aku dah survey tempat lain. rata-rata mini pelamin macam ni lebih kurang rm400- rm500..

Majlis aku ni aku sewa khemah sebab rumah aku agak sempit. pinggan mangkuk pun aku kena sewa . So adalah dalam bajet rm 300 lagi untuk sewa semua barang ini.

Majlis pertunangan tak grand pun tak apa. Janji sempurna. So total semua kos yang aku sudah laburkan adalah sebanyak RM 1137.00...fuhh besar nilai tu... so diharap sesiapa yang ingin melangsungkan upacara pertunangan bolehlah membuat panduan bajet dalam blog saya ini ya...

Wednesday, November 12, 2014

kita ibarat pinggan






bayangkan................

 3 orang yang berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita....
selang beberapa tempoh waktu,






peminjam yang pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang bersih dan suci tanpa ada sebarang kecacatan. lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya...



peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor, tidak berbasuh. pinggan tersebut semestinya kita akan tempatkan sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletak di tempat yang sepatutnya.



peminjam yang ketiga pula memulangkan pinggan trsebut dalam keadaan pecah berderai. tidak boleh dicantum lagi.tiada nilainya dan semestinya kita akan menghumbankan pinggan tersebut kedalam tong sampah.



begitu jua halnya jika kembali kepada Allah s.w.t dalam keadaan bersih,elok,tanpa kekotoran dosa maka Allah swt akan terus meletakkan kita dimana tempat yang selayaknya yang indah iaitu SYURGA..

namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa,kita akan dibersihkan didalam api neraka sebelum dimasukkan ke syurga.

tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah swt tidak akan teragak-agak untuk menghumban kita ke Neraka Jahanam buat selama-lamanya..ibarat pinggan yang pecah tadi ,tiada nilainya lagi....

semoga kisah ini akan bermanfaat kepada kita semua...

Saturday, November 1, 2014

kelas memandu sesuatu yang memenatkan..






first yang membuat aku semangat nak ambil lessen kereta ni kerana aku ada dengar khabar angin harga lessen akan dinaikan. apa lagi laju saja aku ajak kawan aku pergi daftar lessen kereta sekali.hahaha almaklumlah aku ni tinggal di langkawi hanya terdapat 2 buah pusat memandu sahaja yang boleh dipilih sama ada pusat latihan arah muara atau  pusat latihan mahsuri.

aku pilih untuk daftar di pusat latihan arah muara. memandangkan aku membuat lessen motosikal di stu ( 2 tahun lepas la. aku pergi daftar tu dalam bulan 8/2013. aku join la kelas bahagian 1 kalau tak silap la..kelas itu  4 jam ceramah 2 jam dilitar..sudah selesai baru kita akan dapat lessen L. sebelum ke litar time tu kita akan dapat tahu siapa guru pengajar kita.

lepas itu aku cuba pergi buat latihan yang pertama kalinya..haha. agak sukar untuk aku faham konsep bawa kereta sebab kaki aku tidak sampai untuk memijak pedal clutch. aku ni kecik orangnya kereta yang aku terpaksa digunakan pula kereta jenis proton iswara..huhu sedih...aku hanya tahu control stereng saja..

dalam sejam lebih aku di litar, akhirnya guru pengajar aku menyuruh aku berhenti. sempat juga dia terang supaya masa nk berhenti kereta tekan clutch baru break. akhirnya masa nk berhenti aku cepat2 tekan clutch dan baru nk tekan break tetapi  aku tersilap tertekan pedal minyak,,huhu,,laju saja pengajar aku break menggunakan pedal brek dekat kerusi sebelah aku..huhu bunyi menyering..apa lagi terfobia seketika.huhu

hampir setahun aku tidak pergi buat latihan kereta. maklum lah dengan busy kerja + pusat latihan jauh+ fobia ckit...huhu.. aku biarkan sja lessen L aku tu..sampaikan expired pun aku buat x tahu saja..huhuhu

Friday, August 22, 2014

penikam kawan

musuh dalam selimuT!!!!! inilah ayat yang sesuai untuk seorang sahabat yang aku kenali. aku kenal pun masa masih menjadi budak hingusan lagi. dulu aku kenal dia seorang sahabat yang baik. aku pernah jadi kawan baik dia masa form 1 sampai form 2 saja. lepas tu kami berpisah kelas.
aku bertemu semula dengan dia pun selepas masuk alam pekerjaan. kebetulan aku adjust kawan baik aku masuk bekerja di tempat kerja aku sekali. memang mudah adjust kawan masuk kerja sebab aku kerja pun dalam chalet ja. kebetulan kawan baik aku berkawan baik juga dengan kawan lama aku ni sebab masa form 5 mereka sekelas. dimintanya aku adjust kawan lama aku ni untuk bekerja. so adjust punya adjust dia pun boleh masuk bekerja.

masa bekerja di depan aku punya la manis cakap. nak minta tolong apa-apapun siap sedia untuk tolong. tapi dibelakang aku punya sakan mengumpat aku sebab dia xtahu aku lebih rapat dengan kawan baik aku..so apa yang kata2 dia tak ok kawan baik aku akan cerita dekat aku semula.

sekarang apa yang menambah sakit hati aku bila dia mula nak jadi batu api..nak dijadikan cerita aku tegur kawan baik aku dalam mesej.aku tak la pergi tegur depan dia sebab nak jaga air muka dia.adalah something kesalahan di tempat kerja yang dia dengan kawan baik aku buat.maklumlah aku kerja sebagai HR so apa2 kesalahan yang pekerja buat aku wajib tegur la..yang menyakitkan hati aku dia boleh salahkan aku tak tegur mereka secara berdepan. siap dia cakap aku tak patut tegur macam tu kalau aku ni ingat kawan kepada kawan baik aku..excuse me dah aku kerja bahagian tu, so aku xkan pilih kasih dan aku akan tegur apa yang salah.

sejujurnya aku menyesal adjust dia masuk bekerja sekali dengan aku. aku rasa tenang cikit lepas luah masalah ini...aku harap aku tak akan kenal lagi kawan yang tak kenang budi macam dia...huhhhh

Tuesday, July 15, 2014

baju dress untuk dilelong

Assalamualaikum semua..

Baru-baru ni saya ada orde dress ini..sayangnya baju ni terlalu labuh untuk saya..so saya fikir nak lelongkan bju ni..



* harga yang saya ingin tawarkan adalah rm 50.00 termasuk postage..

*sesiapa yang berminat boleh whatsup saya ya di number  013-5950058

Friday, May 30, 2014

Petua cara dapat hati...

Sememangnya hati amat penting dalam pengumpulan markah dan level sesetengah game. Dalam permainan game yang ada perkataan SAGA mesti mempunyai hati (life). jika hati itu habis digunakan semestinya diminta supaya request kepada kawan2 di FB ataupun membeli hati tersebut untuk terus bermain game tersebut. jika tidak anda harus menunggu lama untuk memenuhi hati tersebut. Disini aku ingin ajar bagaimana cara dapat hati free tanpa menunggu berjam-jam supaya hati bersebut penuh...








CARA-CARANYA IALAH:

ANDA PERLULAH MENUKAR TARIKH ( TUKAR TARIKH SETERUSNYA )  SAMA ADA DI DALAM TELEFON ANDA ATAU DI KOMPUTER ANDA, BERGANTUNG KEPADA TEMPAT ANDA MELAYAN GAME TERSEBUT YA..
SELEPAS ITU BUKA SEMULA DI BAHAGIAN GAME TERSEBUT DAN MULALAH BERMAIN...


SELAMAT MENCUBA....