Friday, November 1, 2013
latihan kebakaran,aku yang meletop
bila sebut ja tentang asrama mesti aku teringat sesuatu peristiwa yang agak melucukan bagi aku. walaupun aku agak tidak suka tinggal diasrama dengan kanak2 ribena di asrama ni, tapi ada juga kenangan manis semasa aku duduk di sini...bukan apapun mereka ni agak tidak hormat dengan kakak2 senior ni..maklum la mereka ni sudah lama tinggal di asrama ni berbanding aku..huhuhu...oppss lupa bagitau pulak..aku masuk asrama ni masa aku form 6.. first time aku masuk asrama tau sebab rumah aku jauh dari sekolah la...
seperti kebiasaan, budak2 perempuan di asrama ni time study malam saja diwajibkan pakai baju kurungkan.. Tapi di lain2 sekolah aku tak tahu lak pulak... selalunya selepas habis time study malam ni semua pelajar asrama akan masuk dorm masing2 untuk tidur.. Tapi ramai pelajar perempuan akan tukar pakai baju tidur sebelum tidurkan.. lain pulak dari aku. aku jenis suka tidur pakai baju kurung terus sampai ke pagi..hehe..senang diri juga besok tak payah nak basuh baju banyak2 kan...hahaha
ok...satu malam semasa dalam lingkungan pukul 2.00 pagi kami dikejutkan dengan bunyi siren kebakaran..mula2 aku ingatkan loceng asrama rosak..tapi ada orang datang ketuk2 pintu dorm kami. apa lagi aku ambil tudung terus cabut keluar la...aku nampak ketua asrama arahkan kami berkumpul di padang. aku dalam keadaan blurr aku ikut ja la...hehe
sampai di kawasan padang ja, aku lihat ramai lagi budak asrama berkumpul..ada yang tutup badan dan kepala dengan tuala,ada yang tutup dengan kain selimut,macam2 la..tapi aku ja yang cun berbaju kurung litup siap bertudung sekali..hahaha..baru aku tahu ketua asrama buat latihan kebakaran rupanya...hahaaha
keesokkan, aku pergi kesekolah macam biasa la..ada seorang budak lelaki tinggal di asrama juga. Budak lelaki ni sekelas dengan aku.Nampak aku saja laju2 ja dia permain aku..dia cakap " aku tengok masa latihan kebakaran semalam, antara semua orang perempuan dekat padang, hang ( awak ) la paling MELETOP GITU sempat lagi tukar baju tidur pakai baju kurung yer"...haha..malu tahap dewa masa tu..cepat2 ja aku tanya dia tentang kerja sekolah yang cikgu bagi semalam tu..nak cover la kan...padahal aku ni memang tak tukar pakai baju tidur pun pada malam kejadian...hahaha..
memang jadi kenangan manis bagi aku la semasa tinggal di asrama masa form 6 ni...rindu zaman sekolah seperti ini lagi..huhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment