petang2 macam ni nak masak apa ya??? try la masak maggie goreng..simple saja bahan2nya tapi bila makan macam nak tambah 2x ja..hahaha
Ok, bahan2nya...
- 3 keping maggie kosong ( direbus )
- bawang besar ( dihiris2 )
- telur 2 biji
-sayur sawi ( sedikit)
- cili giling (3-4 sudu besar )
-sosej ( 3 batang-dipotong kecil)
-serbuk lada hitam (1 sudu besar)
-kicap manis
-sedikit minyak untuk menggoreng
-bawang goreng untuk hiasan
cara nak membuatnya......
1- toskan maggie yang sudah siap direbus
2-panaskan kuali,tuang minyak dan biarkan minyak panas
3-masukkan bawang besar yang dihiris, sosej yang dipotong2, cili giling,sayur sawi,kicap dan serbuk lada hitam
4-selepas kuah tumisan tersebut pecah minyak, masukkan maggie kosong tadi dan tuangkan telur,kacau rata
5-hidangkan dan letakkan bawang goreng sebagai hiasan
selamat mencuba ya...sedap sehingga menjilat garpu..hehe
No comments:
Post a Comment