Sunday, December 29, 2013

lelaki pantang perempuan muda membahasakan diri kakak

lumrah lelaki kah???? . apa yang aku lihat lelaki ini pantang apabila perempuan yang lebih muda daripadanya mengelarkan diri mereka sebagai kakak..pelik kan??


kadang2 aku rasa pelik juga. situasi ini selalunya berlaku di tempat kerja, kita sebagai seorang perempuan yang muda membahasakan diri kita sebagai kakak terus dipangkah. apa masalahnya jika kita bahasakan diri kita sebagai kakak walaupun diri kita lebih muda daripada mereka. lelaki  seperti rasa tercabar dengan perkataan sebegitu..  bagi mereka seperti perempuan yang muda ini tidak patut mengelarkan diri mereka sebagai kakak apatah lagi jika perempuan itu terlebih muda daripada mereka.




Di tempat kerja, apabila aku bercakap dengan mereka dan membahasakan diri aku sebagai kakak, mesti ditanyakan umur aku. jika lebih muda terus ditegur..kadang2 naik jemu aku..huhu..sampaikan ada yang memberi warning supaya tidak mengelarkan diri sebegitu. bagi aku sekadar gelaran itu hanya lah perkara yang kecil lah...aku nak cakap lebih2 pun xtahu,hanya kaum lelaki sahaja yang tahu sebabnya...huhu
                                      

Wednesday, December 25, 2013

tarikh 26 haribulan yang perlu difikirkan...

rentetan peristiwa 26 haribulan..baik untuk kita fikirkan sejenak ya...

 1. 26 dec 1861
gempa bumi di owens valley,usa

2. 26 ogos 1896
gempa bumi di skeid,land islandia

3. 26 nov 1902
gempa bumi di bohemia,sekarang czech republic

4. 26 nov 1930
gempa bumi di izu

5. 26 sept 1932
gempa bumi di tosya ladik,turki

6. 26 dec 1949
gempa bumi di imaichi,jepun

7. 26 mei 1957
gempa bumi di wakasa bay,jepang

8. 26 july 1967
gempa bumi di pulumur,turki

9. 26 sept 1971
gempa bumi di solomon island

10. 26 april 1972
gempa bumi ezine,turki

11. 26 mei 1975
gempa bumi di  n.atlantic

12. 26 mar 1977
gempa bumi di palu,turki

13. 26 dec 1979
gempa bumi di carlisle,inggris

14. 26 april 1985
gempa bumi di nihonkai,chubu jepang

26 mei 1986
gempa bumi di mendoza,argentina

15. 26 okt 1997
gempa bumi di italia

16. 26 dec 2004
tsunami di acheh

17. 26 mei 2010
guru merapi meletus

18. 26 okt 2013
taufan haiyyan melanda


* tarikh rentetan peristiwa ini kemungkinan kebetulan sahaja ataupun ada maknanya yang tersirat..semua ini hanya allah s.wt yang mengetahuinya...kita sebagai hambanya perlulah sentiasa bertaubat dan bukanlah hanya apabila sampai pada tarikh ini barulah kita hendak bertaubat..semoga artikel ini memberi kesedaran kepada umat islam...

Monday, December 23, 2013

BR1M 3 permohonan baru & kemaskini

                                   

brim 3.0 kini boleh dimohon bermula 23 disember 2013 sehingga 31 januari 2014. syarat2 untuk permohonan brim 3.0 adalah seperti berikut:

 •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i) Warganegara Malaysia 


       (ii)Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah


      (iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke 
bawah


       (iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)  MyKad bagi pemohon; dan 


       (ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
        
  •Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk
 pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.


  •Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

       



 CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT BRIM


bagi yang pernah menerima brim sebelum ini,anda hanya boleh mengemaskini semula maklumat anda. dibawah ini adalah contoh cara untuk anda kemaskini maklumat brim 3.0...



Berikut disertakan cara-cara bagi mengemaskini data bagi mereka yang pernah menerima BRIM 2.0 sebelum ini.

+ Mula-mula sila tekan link https://ebr1m.hasil.gov.my/

pilih sama ada mohon baru atau kemaskini

+ Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan

+. Pilih untuk mengemaskini data seperti :-

a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini

+ Setelah mengisi semua yang dirasakan perlu contoh alamat baru atau maklumat bank dan masukan kod pengesahan akan keluar satu "dialog box" untuk pengesahan

+ Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar

+ Satu dialog box akan keluar dan beri tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini

+ Sedia untuk cetak

+  Selesai


JUMLAH DAPATAN UNTUK BRIM 3.0:


1)  Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar          pemberian dipertingkatkan kepada RM650.

2)  Manakala isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000        turut menerima BR1M pada kadar RM450. 

3)  Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan         kebawah, layak menerima bantuan RM300.


jika belum pernah memohon sebelum ini,anda boleh membuka di dalam laman ini dan klick pada borang brim 2014 ya..anda boleh print dan isikan..

selamat memohon dan mengemaskini data maklumat anda ya...;-)

Thursday, December 19, 2013

kucing ganggu kerja aku



Mungkin sejak lahir lagi aku tidak pernah bermanja dengan kucing. Dari kecil lagi aku diajar supaya tidak bermain dengan kucing takut terkena asma nanti. Tetapi dengan anak kucing aku masih tertarik untuk bermain tapi ibu kucing pula aku jadi gerun nak bermain takut kena gigit atau kena cakar.
Apa yang aku nak ceritakan disini tentang seekor kucing di tempat keja aku..namanya yellow..first aku dengar aku pun pelik nama diberi nama yellow.nak kata kucing ni warna kuning tidak la pula.tak ada nama lain ka nak kasi…bila aku tanya majikan aku baru la aku tahu kucing ni asal usulnya dari restoran yellow di langkawi.




Mula2 aku kerja ni macam biasa la orang pun kena tegur si yellow ni pun aku tegur la. aku usap elok2 la. kucing majikan aku yang jaga.siap dibelinya frieskes peket besar untuk si yellow ni. Tiap pagi diberikan makanan.aku tengok staff disini pun ramai yang sayang si yellow ni.


ni la yellow yg selalu buat muka comey..huhu

Makin lama,dia selalu naik atas meja aku masa aku nak buat kerja. Lepas 2 duduk buat catwalk lak di atas meja aku..habis keyboard computer dipijak..huhu. Kadang2 dia cari la sudut2 kertas usap2 pipi dia.aku takut si yellow ni kencing ja atas meja aku.kadang2 time aku menulis,dicakar2 pen aku ni.dia ingat aku nak main dengan dia kot..huh aku takut dia cakar tangan aku & last dia akn gigit tangan  aku..
huhu


kerap si yellow ni naik atas meja kerja aku...huhu

Last2,aku angkat si yellow ni turun dari meja aku. Lepas itu,aku buka pintu pejabat dan tolak dia keluar dari bilik pejabat.. Kadang2 ada la staff yang terjumpa si yellow ni dukung dan datang hantar semula dalam pejabat aku…huhu..tapi tak apa la lagipun kucing ni jenis yang manja dengan orang..time orang tak ada dalam pejabat dia la yang asyik sudi berdating dengan aku..hehe