Wednesday, October 30, 2013

cara buat kek marbles orang bujang..


 




Masa aku form 3, cikgu kemahiran hidup aku ada ajar cara buat kek marble yang simple...so, aku nak kongsi kan la resepi kek ni kepada anda semua.....

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 cawan mentega
2 cawan gula
5 biji telur
sedikit baking powder
sedikit esen vanila
sedikit serbuk coklat


cara2 nak buat pula....

1- first macam biasa la ayak tepung dengan baking powder...ketepikan

 2-mentega campur dengan gula,then kacau2 sampai kembang dan nampak gebu la...kalau nak guna mesin pemutar pun xpa..
  



 3- ambil telur 5 biji, pukul sehingga kembang....so akan jadi macam ini la...


 4- campurkan telur dan mentega yang telah dipukul kembang sebentar tadi.kacau, kemudian masukkan tepung yang sudah diayak ke dalam adunan mentega dan telur tadi..untuk check adunan sudah sebati atau tidak, angkatkan sedikit adunan dan tuangkan.jika nampak macam berkrim tu sudah ok la...




5- asingkan adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian biarkan kosong dan 1 bahagian lagi letakkan serbuk koko.kemudian letakkan sedikit mentega di loyang. Cara nak jadi kan bentuk marble pula, mula2 letakkan sedikit adunan yang kosong ke dalam loyang kemudian ditindih dengan sedikit adunan coklat tadi. ulang sehingga kedua2 adunan tadi habis.



 6 kemudian masukkan adunan tadi kedalam ketuhar. biarkan selama 30-45 minit dengan suhu 170-180 ok...

ini semasa dalam ketuhar
jeng2 kek sudah masak ...hehe


inilah hasilnya..jemput makan ya...hehe

betul ka MCD ada unsur babi???

semua orang suka makan MCD kan,aku pun suka makan terutamanya ayamnya yang spicy itu..yummy la..tapi sedihnya aku baru terjumpa satu artikel megenai kenyataan MCD ni ada unsur babi...betul ka????



subahanAllah..mari baca ni..sudah berapa banyak B*** dalam perut kita..

Berita Penting ... Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA telah menarik balik pengesahan daripada McDonald. Acccording ke pejabat dapur di Florida , Amerika Syarikat , kajian ke dalam bahan-bahan McDonald telah menunjukkan bukti positif bahan babi yang dipanggil " LM10 " digunakan dalam Mayo McDonald . Pegawai Afrika Selatan McDonald telah mengesahkan bahawa semua bahan-bahan berasaskan sos yang diimport dari Amerika Syarikat. (Muslim) pengguna dinasihatkan untuk menahan diri daripada McDonald. Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA juga telah menarik balik pensijilan di seluruh negara. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memberitahu orang lain ....
JAZAQ - ALLAH Khair !

Info utk dikongsi bersama2... ~SEBARKAN~~subahanAllah..mari baca ni..sudah berapa banyak B*** dalam perut kita.. Berita Penting ... Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA telah menarik balik pengesahan daripada McDonald. Acccording ke pejabat dapur di Florida , Amerika Syarikat , kajian ke dalam bahan-bahan McDonald telah menunjukkan bukti positif bahan babi yang dipanggil " LM10 " digunakan dalam Mayo McDonald . Pegawai Afrika Selatan McDonald telah mengesahkan bahawa semua bahan-bahan berasaskan sos yang diimport dari Amerika Syarikat. (Muslim) pengguna dinasihatkan untuk menahan diri daripada McDonald. Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA juga telah menarik balik pensijilan di seluruh negara. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memberitahu orang lain .... JAZAQ - ALLAH Khair !

tapi bila aku check semula dekat http://insafislam.blogspot.comhttp://, baru2 ini JAKIM telah memutuskan bahawa makanan daripada MCD malaysia adalah halal...

Mcd Haram Atau Halal


Soalan

Adakah produk makanan McD haram..harap dapat beri maklum balas secepat mungkin dan siarkan kepada media kerana ramai yang ragu tentang isu ini dan isu ini telah diuar-uarkan kembali di beberapa surat khabar termasuk surat khabar luar negara..sila tunjukkan bukti yang sahih..terima kasih..

Jawapan

Setakat ini makanan McD di Malaysia adalah halal dan setelah membuat kajian dari hab Halal JAKIM ia tiada bukti yang menunjukkan haramnya sebagaimana yang digembar-gemburkan.  Dua hari yang lepas Hab halal JAKIM telah membuat pernyataan/pengumuman media tentang perkara ini dan memutuskan tentang halalnya produk tersebut.
Produk keluaran McDonalds disahkan halal.
Dakwaan yang menyatakan terdapat penggunaan lemak babi dalam mayonisnya adalah tidak benar.
Ia disahkan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff yang berkata syarikat itu komited mematuhi syarat yang ditetapkan.
Isu halal McDonalds kembali menjadi sebutan berikutan emel didakwa dikeluarkan Muslim Judical Council MJC dan IQSA menerusi laman sosialnya.
McDonalds Malaysia telah membuat penafian tiada penggunaan bahan yang mengandungi lemak babi dalam pengeluaran produk rangkaian restoran mereka.
Menurut hakimah siasatan dari pihaknya turut mendapati isu terbabit sengaja diperbesarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Malah, beliau berkata pengendali laman sosial muslim judicial council MJC dan IQSA tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu.
Untuk menyemak status halal produk, pengguna boleh menghubungi talian tertera.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Kesemua_Produk_McDonald_Sah_Halal.html#sthash.wN4RPsuB.dpuf

Produk keluaran McDonalds disahkan halal.
Dakwaan yang menyatakan terdapat penggunaan lemak babi dalam mayonisnya adalah tidak benar.
Ia disahkan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff yang berkata syarikat itu komited mematuhi syarat yang ditetapkan.
Isu halal McDonalds kembali menjadi sebutan berikutan emel didakwa dikeluarkan Muslim Judical Council MJC dan IQSA menerusi laman sosialnya.
McDonalds Malaysia telah membuat penafian tiada penggunaan bahan yang mengandungi lemak babi dalam pengeluaran produk rangkaian restoran mereka.
Menurut hakimah siasatan dari pihaknya turut mendapati isu terbabit sengaja diperbesarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Malah, beliau berkata pengendali laman sosial muslim judicial council MJC dan IQSA tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Kesemua_Produk_McDonald_Sah_Halal.html#sthash.wN4RPsuB.dpuf
Produk keluaran McDonalds disahkan halal.
Dakwaan yang menyatakan terdapat penggunaan lemak babi dalam mayonisnya adalah tidak benar.
Ia disahkan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff yang berkata syarikat itu komited mematuhi syarat yang ditetapkan.
Isu halal McDonalds kembali menjadi sebutan berikutan emel didakwa dikeluarkan Muslim Judical Council MJC dan IQSA menerusi laman sosialnya.
McDonalds Malaysia telah membuat penafian tiada penggunaan bahan yang mengandungi lemak babi dalam pengeluaran produk rangkaian restoran mereka.
Menurut hakimah siasatan dari pihaknya turut mendapati isu terbabit sengaja diperbesarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Malah, beliau berkata pengendali laman sosial muslim judicial council MJC dan IQSA tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Kesemua_Produk_McDonald_Sah_Halal.html#sthash.wN4RPsuB.dpuf

Produk keluaran McDonalds disahkan halal.
Dakwaan yang menyatakan terdapat penggunaan lemak babi dalam mayonisnya adalah tidak benar.
Ia disahkan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff yang berkata syarikat itu komited mematuhi syarat yang ditetapkan.
Isu halal McDonalds kembali menjadi sebutan berikutan emel didakwa dikeluarkan Muslim Judical Council MJC dan IQSA menerusi laman sosialnya.
McDonalds Malaysia telah membuat penafian tiada penggunaan bahan yang mengandungi lemak babi dalam pengeluaran produk rangkaian restoran mereka.
Menurut hakimah siasatan dari pihaknya turut mendapati isu terbabit sengaja diperbesarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Malah, beliau berkata pengendali laman sosial muslim judicial council MJC dan IQSA tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Kesemua_Produk_McDonald_Sah_Halal.html#sthash.wN4RPsuB.dpuf
Produk keluaran McDonalds disahkan halal.
Dakwaan yang menyatakan terdapat penggunaan lemak babi dalam mayonisnya adalah tidak benar.
Ia disahkan Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff yang berkata syarikat itu komited mematuhi syarat yang ditetapkan.
Isu halal McDonalds kembali menjadi sebutan berikutan emel didakwa dikeluarkan Muslim Judical Council MJC dan IQSA menerusi laman sosialnya.
McDonalds Malaysia telah membuat penafian tiada penggunaan bahan yang mengandungi lemak babi dalam pengeluaran produk rangkaian restoran mereka.
Menurut hakimah siasatan dari pihaknya turut mendapati isu terbabit sengaja diperbesarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Malah, beliau berkata pengendali laman sosial muslim judicial council MJC dan IQSA tidak tahu menahu mengenai dakwaan itu.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Kesemua_Produk_McDonald_Sah_Halal.html#sthash.wN4RPsuB.dpuf
So, menurut JAKIM, MCD malaysia ni halal...ingat setiap makanan yang kita ragu2 itu tidak baik untuk dimakan... lepas ini anda tidak perlu la ragu2 lagi ya..kalau anda ragu2 lagi lebih baik balik masak sendiri dirumah saja kan...hehe

Tuesday, October 29, 2013

student yang lupa daratan




 Sedar tak sedar ramaikan student yang lupa akan amanah ibubapa menghantar mereka study.. ibu bapa hantar mereka study sehingga ke university sebab apa lagi kalau bukan untuk melihat anak2 mereka berjaya dan hidup senang dikemudian hari. Semua ibubapa sanggup mengeluarkan duit poket untuk beri kepada mereka yang sedang kekurangan duit. Susah la nak tengok ibubapa yang tidak ambil kisah langsung tentang wang ringgit anak mereka yang sedang study ni,, pantang ja si anak call, pekara pertama yang ditanya tentang kesihatan mereka kan, dan yang kedua semestinya ditanya tentang duit bekalan masih cukup atau tidak??.memang ini reality kan??? jika anak tersebut tiada wang  cepat2 saja ibubapa akan pergi bank-in kan..

  kadang2 ada yang tiap2 minggu si student ni asyik keluar berjalan2 kemudian call ibubapa minta dibank-in kan wang,alasan nak beli buku untuk study la kononnya. ada juga yang sedang dilamun cinta ingin membelanjakan girlfiend/boyfriend mereka,kemudian ibu bapa la jadi mesin atm mereka...ada juga yang ingin bercuti dengan gf/bf sanggup meminta wang kepada ibubapa seperti kisah dibawah ini la..... 
Gambar: Jika anda juga seperti ini, berubahlah. Kesian mak ayah bersusah payah cari duit..

*maklumat dari penulis — beliau duduk dekat di belakang awek tu, oleh kerana suasana bising, maka awek tu loudspeaker dan tak sedar dia sedang mendengar dari belakang.
kesian ibu bapa si student ini kan????







sedarlah student2 sekelian yang pernah buat perkara ini,henti2kan la...kadang2 si bapa pun duit tidak banyak..anda yang sedang belajar ada ambil tahu tak berapa duit yang ibubapa anda dapat untuk 1 hari??kebanyakkan mesti tak tahu kan...bayangkan pada hari itu,si bapa anda hanya ada duit rm103.00..tapi bila si anak minta rm100.00 kononnya hendak beli buku untuk study dan macam2 alasan, susah kita nak dengar si bapa nak sebut "bapa tak ada duit la" kan???si bapa terus pergi bank-in kan wang. walaupun sedang panas terik atau hujan dilanda si bapa untuk pergi ke mesin atm untuk bank-in kan wang..takut2 kalau lambat bank-in nanti si student ni akan susah membeli keperluan untuk belajar.kesian si bapa untuk hari itu saja dia hanya ada rm3.00 di tangan. cukup kah duit itu pula digunakan untuk menampung adik beradik si student ini di kampung???..


Aku bukan lah nak bagi ceramah di sini..tapi selalu sangat aku dengar cerita tentang sikap student2 yang suka enjoy sehingga lupa akan tujuan mereka study..Tetapi tak la semua student perangai macam tu..ada juga student yang sanggup makan maggie ja sebab tak nak susahkan ibubapa di kampung..
so, disini aku cuma harap yang sedang study ini berjimat cermat la dengan duit yang ada....hargai lah amanah orang tua kita. Yang paling penting jangan la mengambil kesempatan terhadap ibu bapa kita ya....

gambar wanita dibogelkan???



Astagfirullahal'azim...
Bagi yang bergelar kaum hawa ni,berhati2 la nak bagi gambar kita ni kepada orang lelaki tak kira la walaupun dekat pakwe sekalipun apatah lagi jika lelaki itu baru kita kenali..tetapi ada juga perempuan yang berhasad dengki kepada kita akan membogelkan gambar kita. Tujuan mereka ingin membuat fitnah kepada kita bahawa kita pernah tangkap gambar bogel kan...



 Kadang2 pengguna-pengguna internet wanita semua terutamanya yang ada facebook, suka juga memasukkan gambar full kita sendiri di dalam fb kan,termasuk aku juga la.. so, lelaki dan wanita yang tidak bertanggungjawab boleh copy gambar kita then bogelkan gambar kita yang tutup litup ni menggunakan software photoshop tau..

Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu memang ramai editor yang mahir dalam menggunakan software Photoshop ini.Tetapi, sekarang ada aplikasi editor x-ray di dalam Photoshop boleh membuat gambar kita berpakaian akan menjadi bogel atau nampak bertelanjang. lelaki yang berniat jahat ini akan upload gambar kita yang sudah di edit ke dalam enternet.Diharap kita mesti berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa kepada orang yang tidak bertanggung jawab yang boleh memaparkan seluruh tubuh kita ini.






lihatlah wanita ini memakai pakaian yang tertutup tetapi boleh dibogelkan 


Jadi bagi wanita, dinasihatkan agar janganlah upload gambar anda di facebook atau di mana-mana halaman sosial dengan keadaan full seperti gambar ini. Ambillah gambar dari atas dada dan ke atas.Dan juga, jangan pakai baju putih sebab editor akan lebih senang untuk edit gambar anda..pastikan juga gambar yang anda upload dalam fb disetting untuk tatapan rakan2 atau diri sendiri dan bukannya untuk tatapan umum..ok...

Sunday, October 27, 2013

bila tengok hpn nokia 3310



 
Bila aku tengok gambar handphone nokia 3310,laju ja aku teringat tentang first kursus yang aku pernah join..nak tahu tak kursus apa???hehe… kursus perbaik handphone la.. aku tak la sangat berminat tentang perbaiki2 handphone ni, aku join pun sebab kawan baik aku yang ajak..hahaha


Kursus start pukul 8 malam..tapi masa malam first tu aku tak pergi pun..hehe..aku x dapat maklumat pun kursus tu sudah start time malam tu.. keesokan, baru aku pergi join ke tempat kursus tu dengan kawan aku..masa masuk dalam bilik kursus, aku cepat2 ja nak duduk dekat 1 kerusi kosong sebab semua orang sudah duduk dekat kerusi. Tapi tiba2 ada tuan punya tempat duduk bagitau dekat aku situ tempat duduk dia..alahai malu sangat2 time tu..nasib baik la cikgu dekat situ baik2..akhirnya aku dengan kawan aku duduk dimeja belakang sekali..huhu,sedihnya…




Dalam kursus ini,macam2 la cara perbaik handphone kami belajar..lebih ditekankan cara perbaiki handphone nokia 3310…dari start nak perbaiki dalaman kompenan handphone sampai la system dalam handphone…Tapi aku tak berapa cekap sangat la… huhuhu..
ni silap gaya boleh melecur jari ni...hehe

gambar ni masa sesi belajar servis handphone


ini masa penerangan tentang servis2 juga la...



Hari last sekali, macam biasa la sesi mendengar ucapan2 dari pihak2 yang terlibat dan sesi bagi sijil kepada peserta kursus.. tapi yang paling best dan ditunggu2  bagi aku dengan kawan baik aku ni sesi time to bergambar dengan cikgu2 yang cute dan cheerful la….hahaha gatai kan…hehe




ini masa bergambar dengan cikgu yang paling cheerful disini ...hehe


ini pula gambar bersama cikgu yang banyak bagi ilmu dekat kami...terima kasih cikgu...hehe

Oppss terlupa nak cerita..dalam kursus ini, kami dapat duit elaun kehadiran tau..semua dapat seorang rm90.00…banyak kan???hehe..apa lagi time to KFC la…haha…

jom makan..yummy..


Apapun memang best la join kursus ini..hope, dapat la join kursus  best macam ini lagi…

Saturday, October 26, 2013

kasi insaf budak hot

Aku tak suka la dengan budak remaja sekarang ni bercinta... mereka terlalu open berpelukan dengan kekasih. Ramai juga la yang dah berpeluk tu upload pula picture dalam fb,instagram dan macam2 lagi la. Bukan aku jelous pun. cuma aku sakit mata dan meluat tengok gambar2 mereka ni..kesian dekat kedua ibu bapa mereka sangkakan anak pergi study rupanya berpeluk dengan laki sana sini...fuhhh.. Yang aku terkejut tahap dewa ni remaja lebih kurang sebaya adik aku ja dalam lingkungan belasan tahun ni yang lebih over bergambar berpeluk dengan kekasih berbanding yang sudah abis belajar.

tak percaya????

  Sila la gambar2 lihat di bawah ni...


TENGOK LA AKSI MEREKA NI..HUH

tak kan la adik & abang nak bergambar macam ni kan????

gambar ni siap di upload dalam fb mereka pula...






Gambar: Mengalahkan artis
tengok la bergaya kalah artis luar negara kan???








 LAST2 INI LA YANG AKAN JADI BILA BUDAK2 NI TERLAMPAU FEMES DENGAN AKSI MACAM INI....





KESIAN DEKAT MAK BAPAK KAN???

PANDAI2 FIKIR LA YA...


*GAMBAR INI BUKAN TUJUAN UNTUK MENAGIBKAN TAPI UNTUK PENGAJARAN KITA SEMUA......





anda jenis gemuk air,gemuk angin atau gemuk daging????



Ini artikel mengenai kegemukan. Anda yang di luar sana yang ada alami kegemukan ni boleh check anda ketegori kegemukan yang mana satu ok.....


Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak di bahagian tertentu badan.



Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air

• Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.



Gemuk Angin

• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.Kenalpasti gemuk air dan gemuk angin dengan memicit bahagian lengan tangan, korang akan merasai lengan tangan mengelambir dan lembik.


Gemuk Daging

• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan

Kenalpasti gemuk daging dengan memicit bahagian lengan tangan,korang akan merasa pejal dan padat.

Gemuk air dan gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi gemuk daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.


CARA MENGATASINYA

Menurut Pakar Pemakanan dari Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan Bhd., M. Premila cara terbaik untuk turunkan berat badan ialah dengan mengambil lebih banyak makanan seimbang dan melakukan senaman secara konsisten. Ini kerana usaha menguruskan badan perlu ditumpukan kepada proses pengurangan lemak atau otot badan dan bukannya air seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang.
Tambah beliau, kesilapan mengamalkan diet seumpama itu hanya akan menjadi sia-sia kerana penurunan berat badan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Langkah menguruskan badan yang paling berkesan ialah apabila seseorang dapat mengurangkan berat badan secara konsisten iaitu satu kilogram setiap minggu.
Beliau memberitahu, kegemukan berlaku disebabkan ketidakseimbangan tenaga dalam badan. Apabila pengambilan tenaga berlebihan daripada penggunaan tenaga seperti pengambilan makanan yang tinggi kandungan kalori, lemak, gula, makanan segera, minuman berkarbonat, hidangan makanan yang bersaiz lebih besar.
“Jika pengambilan tenaga secara berlebihan ini tidak digunakan oleh badan, maka ianya akan disimpan dalam bentuk lemak. Lama-kelamaan individu terbabit akan mengalami pertambahan berat badan,” ujarnya.
Oleh itu adalah sangat penting individu gemuk dan obesiti mendapat nasihat daripada pakar pemakanan dan doktor untuk memulakan langkah pertama diet menguruskan badan. Langkah menguruskan badan dengan cara menyekat makan, tidak makan, diet yo-yo dan makan snek yang mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi hanya akan menemui jalan buntu.
Sebaliknya, beliau menasihatkan mereka yang gemuk dan obesiti mengamalkan cara gaya hidup sihat agar mendapat bentuk badan yang ideal melalui cara pemakanan dan diet yang betul iaitu dengan;
* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.
* Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.
* Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.
* Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada    kadar 30 hingga 40 minit.
* Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.

Bagaimanapun, jika seseorang yang obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dan mempunyai masalah kesihatan ingin menurunkan barat badan, beliau perlulah merujuk dengan doktor pakar terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa program diet untuk menurunkan berat badan.

Thursday, October 24, 2013

haram mengabungkan nama isteri dan suami????

Ramai kan yang suka mengabungkan nama si lelaki dan si perempuan dalam media sosial ni. Banyak aku tengok dalam media sosial seperti fb,twitter,we chat ini kawan aku sendiri pun ada yang gabung2 nama ni untuk dijadikan identity name mereka. Tahu tak aku baru terbaca dalam satu artikel tentang hukum mengabungkan nama ni tak kira la suami isteri,pkwe dan makwe,t hukumnya boleh diketegorikan HARAM la...

Tidak boleh menambahkan nama suami ke nama istri, itu budaya orang-orang Barat yang bertentangan dengan syariat nasab dalam Islam.Banyak orang yang memiliki kebiasaan menggabungkan nama suami ke nama isterinya. Jika ada seorang suami bernama Habibie dan isterinya bernama Ainun jadilah nama isterinya Ainun Habibie dan semisalnya. Bagaimanakah hukum masalah ini?
 “Tidak boleh menasabkan seseorang kepada selain ayahnya.
Allah berfirman yang artinya, “Panggilan mereka dengan menasabkan mereka kepada ayah mereka. Itulah yang lebih adil di sisi Allah.” (QS al Ahzab:5).

So, disini mulai hari ni jika ada rakan2 anda yang suka mengabungkan nama ini please la tgur menengur ya...tidak pun kalau yang dah ter.....buat dalam akuan media2 sosial ni delete2 la ya....

Friday, October 18, 2013

cara make-up simple tapi cantik


Mesti ramai di luar sana yang masih belum berani mencuba make-up sendiri kan. Mugkin ada yang merasa malu untuk make-up!!!. Mungkin ada yang tak tahu langsung bagaimana nak mula  make-up???. Aku dulu pun tak pandai dan tak suka make-up ni. tapi bila masuk alam pekerjaan ni aku try la mekap.Aku cuba belajar make-up sikit2 ja. Aku ni jenis suka make-up simple2..aku tak suka pakai macam2 di muka ni,rimas la rasa macam opera cina pulak..hahaha..
Ok...
Dekat sini aku nak tunjukkan kepada anda semua yang masih belum tahu cara nak mekap.  Ini cara teknik mekap simple tapi akan puas hati la...cara mekap ni b0leh anda try untuk ke pejabat, shopping dan boleh juga untuk ke kelas bagi student U la. Barang2 yang aku guna pun simple ja...


Inilah barang yang aku pakai ja..
1-BB cream silkygirl
2-Eye shadow Silkygirl
3-Blusher Silkygirl
4-Bedak compact Miyami
5-Lipstik Collegen D"herb
6-eyeliner silkygirl
*tentang harga barang2 ni pula anggaran tak sampai rm100.00 pun dan mudah dapat di mana2 kedai saja tau..


  
gambar ni  masa belum make-up tau...
ini pula rupanya selepas sudah make-up,simple kan make-up ni??? 

                       
Ok.....

sekarang ni langkah2 untuk make-up ya....


Step 1




Mula2....Letak ja  krim BB silkygirl titik2 macam anda pakai bedak sejuk tu..tapi jangan la pakai banyak sangat nanti bila pakai bedak lama2 bedak akan bertompok tau...pakai ja macam dalam gambar ini ya..




Step 2




selepas tu, sapu ja krim BB bagi sekata di muka. biar krim BB tu kering dulu. Ingat tau jangan pakai bedak sebelum krim BB tu kering...







Step 3




Sementara nak tunggu krim BB ni kering aku suka make-up dulu bahagian lain.
selalunya aku pakai eye shadow dulu la. Aku paling suka eye shadow warna pink & purple ni nampak sweet ja... First,aku letakkan warna slow (pink) tu seluruh bahagian atas mata 2..alah macam dalam gambar ditepi la...hehe






Step 4







lepas tu, aku letak pula warna purple terang di bahagian mata..aku suka pakai warna ni separuh ja di bahagian mata..nampak simple sikit kan..









Step 5




lepas pakai eye shadow tu, aku pakai eyeliner di sekeliling mata..macam aku, aku suka garis eye liner ni disekeliling mata aku sebab aku nak bagi mata nampak besar cikit..hehe..Bagi anda yang mata dah semulajadi besar tak payah pakai eyeliner pun dah ok...lepas tu,pakai ja bedak. Pakai bedak apa pun tak apa,tapi aku lebih suka pakai bedak Miyami..cara nak pakai bedak pula anda perlu tekan2 pada muka tau. Tujuannya bagi bedak ni nampak sekata dimuka la...







step 6



Nak bagi nampak muka fresh cikit boleh la pakai blusher di pipi. Aku blusher ni kadang2 aku pakai kadang2 tak pakai pun..hehe..ok la..cara nak pakai blusher pula mesti pakai dari bawah ke atas tau..letak blusher di sekitar tulang pipi saja yer..nak bagi nampak sweet lagi letak la blusher di bawah dagu....pasti meletop punya...hehe..







Step 7



Akhir sekali,oles la sedikit gincu di bibir..macam aku, aku suka pakai lipstik collegen D"herb ni. lipstik ni jenis ikut warna darah kita dan tahan lama. tak payah la 24 jam tengok cermin nk bergincu ja kan..










Ok,dah siap pun make-up..simple kan???

4 barang wajib dibeli di LANGKAWI



Jika datang ke LANGKAWI, mesti wajib beli barang ini. Tidak kira datang kerana melancong ka, berkursus ka atau datang melawat sanak-saudara pun mesti lepas melawat ja cepat ja jalan2 pergi cari 4 barang ini. Ada juga kawan yang tahu kita nak ke LANGKAWI cepat-cepat saja kirim duit minta belikan untuk mereka juga. Kadang2 sampai naik lemas kita dibuatnya kan kan... Rasa macam tidak puas hati la jika pulang dari langkawi tanpa beli 4 barangan ini. Jom kita semak barang apa ya????





1. MINYAK GAMAT
Mula2 sekali ramai yang datang langkawi mesti akan cari ubat gamat langkawi. Seperti yang anda semua tahulah gamat ni hanya ada di sekitar langkawi saja. Disini pun banyak kilang yang memproses gamat sendiri tau..Antara kilang yang paling famous ialah NUSANTARA MAJU. Disini jika anda datang beli minyak gamat dalam kuantiti yang banyak anda akan dapat DISKAUN tau..so, rugilah jika datang langkawi tidak beli minyak gamat nie.. Disini selain minyak gamat macam2 la jenis produk yang berasaskan gamat di jual disini. Antaranya seperti krim susu kambing gamat,minyak kayu merah gamat,bam gamat dan kayu tongkat ali pun ada dijual tau..

Dibawah nie imej2 di kilang gamat NUSANTARA MAJU...
ini adalah tapak parking di nusantara maju nie..
inilah rupa tongkat ali yang turut dijual di nusantara maju
                       482867 4906979985039 944016106 n Shopping Gamat di Nusantara Maju Enterprise
                                 ini pula gambar dalam kedai gamat ini..pilh2 jangan 
inilah gambar tugu di depan kilang ini



Selain itu, jika anda datang ke langkawi,mesti barang ini pun anda akan bawa pulang sekali kn..



2. KAIN BATIK LANGKAWI
Kain batik nie sentiasa jadi barangan tumpuan yang akan dibawa pulang sekali. Bukan kain batik ja yang ada dijual. Ada juga kain pelekat dan baju T-Shirt pun turut dijual. So, amat sesuai la seisi keluarga datang shopping2..Langkawi ni tempat menjual kain batik yang paling famous sekali ialah di BERAS TERBAKAR. Disini kain batik dijual dengan harga yang agak murah berbanding tempat lain. penjual disini pun baik2 ja.. pandai2 la anda pujuk2 penjual dekat situ boleh la dapat less sikit...hehe
oppss lupa nak cerita pula, sebenarnya nama tempat ni ada sejarahnya. Disini juga anda boleh lihat sendiri kawasan sejarah beras terbakar ni.Mengikut kisah, semasa langkawi diserang oleh siam,Dato kemboja iaitu ketua perang angkatanlangkawi merasakan mereka kalah kepada siam. So,untuk mengelakakan tentera siam mendapat bekalan makanan beliau menyuruh tentera langkawi untuk menanam beras seterusnya membakarnya..Begitulah ceritanya...hehehe 

Dibawah nie antara imej2 di kawasan BERAS TERBAKAR LANGKAWI...

inilah rupa beras terbakar tau..
ini kawasan tapak beras ini yang dicerita tadi..
sini pula pintu masuk ke kawasan utama beras terbakar ni

image
ini antara gerai kain batik di sekitar beras terbakar ni..

image
inilah contoh kain batik langkawi,cantik kan???



Selain kain batik, jika anda datang ke langkawi,mesti barang ni yang anda carikan  kn..

3. COKLAT LANGKAWI

Sebut saja tentang coklat,aku pun terasa meleleh air liur ni..bayangkan la coklat yang cair didalam mulut,tergigit pula kacang2 badamnya yang rangup2 pula aduh sedapnya kn...coklat ni la banyak menjadi pilihan pengunjung yang datang  ke langkawi. maklum la langkawi ni kan bebas cukai..semua coklat di sini harganya jauh lebih murah dan berpatutan berbanding di kawasan lain. Disini kawasan yang famous menjual coklat ialah di Haji Ismail Group..Jika anda datang ke langkawi rugi jika anda tidak beli coklat ni..Aku pun asyik membeli coklat disini ...sedap sangat2 tau...hehe


Dibawah nie antara imej2 coklat di HAJI ISMAIL GROUP...

aduh,coklat kisses ni la coklat kegemaran aku tau

ferrero rocher,terliur kan ???
coklat seashell memang banyak terdapat di langkawi ja tau..


Selain coklat pula, jika anda datang ke langkawi,mesti barang ni yang anda carikan  kan..


4.PINGGAN MANGKUK

Datang ke langkawi ja, makcik2 dan kakak2 mesti laju2 ja akan cari pinggan mangkuk kan..jika mampu satu kedai tu nak belikan..hehe..sini pinggan mangkuk yang paling murah  ialah di IDAMAN SURI. Kalau kita pergi ke terminal jetty Langkawi mesti akan nampak banyak plastik biru idaman suri ni kan. Tapi bukan yang kita lihat banyak plastik2 ja tapi plastik dengan isinya berkotak2 pinggan mangkuk kan..orang perempuan ni biasalah  jadi ghairah kalau boleh shopping pinggan mangkuk ni..tapi kesian si lelaki ni terpaksa keluar duit..huhu tapi tak apa kan sekali sekala ja..hehe

Dibawah nie antara imej2 pinggan magkuk di IDAMAN SURI LANGKAWI...


inilah gambar cawan di idaman suri


banyak dan murahkan???

murah ja mangkuk2 disini,beli la satu..hehe


cantik kan set teko air ni..tgk la harganya geram nak beli rasanya kan...








Ini  lah barang-barang yang wajib dibawa pulang jika anda ke langkawi..so.....

Selamat Bershopping ya....